Wednesday, March 4, 2009
:: Renungan Bersama
Sifat Romantik Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik, seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari, isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda, lalu bertanya, "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi?”. Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian.”
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”.
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman, selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat. Begitu juga pada isteri-isteri solehah, peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. Bagi yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
“Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman....” Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

:: Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Huda
Jawatankuasa Masjid Al Huda, Tambak Balai Panjang, Melaka
Penaung:
Pegawai Kemajuan Negeri Melaka
Pegawai Daerah
Jabatan Agama Islam Melaka
Penasihat:
Pegawai Penyelaras Masjid / Madrasah Daerah
Pengerusi:
Shajan bin Salibol
Timbalan Pengerusi:
Khamis bin Md. Som
Setiausaha:
Zamri bin Hj. Zakaria
Penolong Setiausaha:
Amid bin Hj. Manap
Bendahari:
Haji Abdul Rahim bin Tamby
Ahli Jawatankuasa:
Hj. Md Ali bin Ismail
Hj. Maidin bin Yusof
Rosidi bin Nathiman
Hj. Muhammad Zulkifli bin Zakaria
Jaafar bin Abd. Kadir
Mamat bin Jantan
Faizal bin Abdullah
Hj. Mohsin bin Ahmad
Juruaudit:
Jahiri bin Ahmad
Hajjah Salmah bte Yusof
Pegawai Syarak, Pegawai Adat dan Penggali Kubur
Pegawai Syarak:
Hj. Mohd Ali bin Ismail - Imam 1
Hj. Maidin bin Yusof - Imam 2
En. Amid bin Manap - Bilal
Hj. Othman bin Mad - Noja
Puan Salmah bt Yusof - Pengurus Jenazah Wanita 1
Puan NorHizlinda bt Kamaludin - Pengurus Jenazah Wanita 2
Pegawai Adat:
En. Khamis bin Md. Som
Penggali Kubur:
Hilmi bin Ahmad
Ramlan bin Abd. Razak

Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)